Friday, 22 March 2013

mama, i miss you!


serious rindu mama! hmm nak balik tapi..
:(

cuba sabar dugaan

terus mencuba
walaupun tahu memang tak akan boleh
terus lah mencuba
belajar set di fikiran bahawa
dia sudah buang kita jauh dari hidupnya 

sabar
selagi boleh kita sabar
bukan sebab hendak sekat kemahuan kita
tapi melatih diri untuk menahan 
selagi boleh bertahan
kita kuat, kita cuba kuatkan juga

dugaan 
set dalam minda 
ini semua dugaan atau
karma yang telah ditetapkan
kerana telah melakukan perkama di waktu lepas
selalu ingat perkataan inggeris berbunyi
"karma is everywhere"



"maka bersabarlah 
cubalah
menerima dugaan"

Thursday, 21 March 2013

usaha

"usaha sudah di buat, maka redhalah dengan hendakNya
kerana perancangan Yang Esa itu Maha Hebat.

Apa pun keputusannya, jangan mundur.
 bangkit maju. nikmati kehidupan seterusnya."

congattt to adik adik batch 95's :)

Wednesday, 20 March 2013

kisah mac 2013


"Kiranya tempias membasahi jendelamu

Itulah airmata yang jatuh di pipiku

Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa"

kadangkala perlu bila membenar mereka yang paling bermakna pergi dari hidup.
biarlah ia bebas, maka boleh menikmati hidupnya sendiri.

Friday, 15 March 2013

jangan jatuh

bila sesuatu ingin menjatuhkan. kuat. bersabar. ini ujian. 
dugaan. menduga sejauhmana kekuatan dan kesabaran. sabar ada ganjaran. 
cepat atau lambat menentukannya. 
menjatuh kan oraang lain. karma menanti. 
cepat atau lambat menentukannya.
 biar kita mengalah. biar orang melakukan. 
usah peduli. jangan jatuh. berdiri teguh. lupakan yang lepas.
 teruskan kehidupan. masih banyak dugaan dihadapan.
 jangan jatuh.

Thursday, 14 February 2013

jiwa aku

rasanya sudah terlalu lama blog ini menyepi. yaa menyepi. bukan aku taknak untuk menulis lagi. kerana kesibukan kehidupan menyekat aku untuk menghadap lama di blog. kemalasan jugaa ada. letih. tiada idea. maaf juga banyak membahasakan diri ini sebagai aku. untuk keselesaan.

perlu untuk aku up date kali ni. untuk tidak sangat nampak aku abaikan dia. si blog kesayangan. maaf. malam ini kata kata aku seperti berpuitis bagai. aku taktahu kenapa aku berbuat begitu. bukan buat buat, tetapi ini adalah kemahuan hati aku. maaf kalau terlalu bunga bunga bahasanya. aku tahu selama aku berblog, selama sebelum post ini, bahasa aku lebih kepada bahasa pasar.

aku cuma ingin mengikut rentak jiwa pada malam jumaat seperti ini. kisahnya, aku saat ini sedang membuat nota nota. tiba rasa hati ini sayu. taktahu entah kenapa. perasaan ini tiba tiba muncul. aku tahu, setiap manusia lain juga ada perasaan seperti ini. cuma takmahu diluahkan. takmahu diketahui orang.

tiba tiba teringat mama dan ayah. yang telah menjaga aku sejak kecil lagi. merenung mata mereka di destop laptop membuat aku rasa sedih. mereka tiada di hadapan ku. aku di bumi shah alam. mereka di johor bahru. pada negara yang sama tetapi jauh juga jaraknya. aku terfikir kalau lah mereka tiada, siapalah aku pada hari ni? melihat wajah dan merenung wajah mereka membuat hati aku tenang tidak terkata. semangat membuat nota dan ingin belajar terus membara bara. untuk masa depan yang cerah. boleh membahagiakan mereka. insyaAllah.

tinggal lagi 3 paper untuk aku jawab dalam 2 minggu exam ini. untuk semester yang ke 4, untuk final kali ini, akan aku cuba buat yang termampu, yang terbaik. insyaAllah dengan izin mu ya Allah. dan dua minggu lagi itu juga, aku akan di masukkan ke hospital. kekadang rasa tertekan juga walaupun penyakit yang di hidapi bukan lah begitu besar sakitnya. hanya tumor. sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan aku. mungkin di masa hadapan.tak mengapa, aku kuat kan hati ini. memujuk diri.

  "sabar lah sara, serahkan segalanya kepada Allah, yang menentukan segalanya. semuanya akan baik. akan baik sara.."