Thursday 14 February 2013

jiwa aku

rasanya sudah terlalu lama blog ini menyepi. yaa menyepi. bukan aku taknak untuk menulis lagi. kerana kesibukan kehidupan menyekat aku untuk menghadap lama di blog. kemalasan jugaa ada. letih. tiada idea. maaf juga banyak membahasakan diri ini sebagai aku. untuk keselesaan.

perlu untuk aku up date kali ni. untuk tidak sangat nampak aku abaikan dia. si blog kesayangan. maaf. malam ini kata kata aku seperti berpuitis bagai. aku taktahu kenapa aku berbuat begitu. bukan buat buat, tetapi ini adalah kemahuan hati aku. maaf kalau terlalu bunga bunga bahasanya. aku tahu selama aku berblog, selama sebelum post ini, bahasa aku lebih kepada bahasa pasar.

aku cuma ingin mengikut rentak jiwa pada malam jumaat seperti ini. kisahnya, aku saat ini sedang membuat nota nota. tiba rasa hati ini sayu. taktahu entah kenapa. perasaan ini tiba tiba muncul. aku tahu, setiap manusia lain juga ada perasaan seperti ini. cuma takmahu diluahkan. takmahu diketahui orang.

tiba tiba teringat mama dan ayah. yang telah menjaga aku sejak kecil lagi. merenung mata mereka di destop laptop membuat aku rasa sedih. mereka tiada di hadapan ku. aku di bumi shah alam. mereka di johor bahru. pada negara yang sama tetapi jauh juga jaraknya. aku terfikir kalau lah mereka tiada, siapalah aku pada hari ni? melihat wajah dan merenung wajah mereka membuat hati aku tenang tidak terkata. semangat membuat nota dan ingin belajar terus membara bara. untuk masa depan yang cerah. boleh membahagiakan mereka. insyaAllah.

tinggal lagi 3 paper untuk aku jawab dalam 2 minggu exam ini. untuk semester yang ke 4, untuk final kali ini, akan aku cuba buat yang termampu, yang terbaik. insyaAllah dengan izin mu ya Allah. dan dua minggu lagi itu juga, aku akan di masukkan ke hospital. kekadang rasa tertekan juga walaupun penyakit yang di hidapi bukan lah begitu besar sakitnya. hanya tumor. sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan aku. mungkin di masa hadapan.tak mengapa, aku kuat kan hati ini. memujuk diri.

  "sabar lah sara, serahkan segalanya kepada Allah, yang menentukan segalanya. semuanya akan baik. akan baik sara.."