Wednesday 26 June 2013

hello blog bersawang!

hohoho, Assalamualaikum readers! oooo hi blog! lama dah tak spent time dengan awak. atototooo. rinduu laa tuu kan. hahahahah

Okay, setelah lama tak lepak dekat blog ni, today i wanna to share my happiness to you alls! *nada bedah* last week i got my last short sem's result. And the result, alhamdulilah. Syukur Ya Allah. I got 3.78. Syukur alhamdulilah.

And my Mr. Aiman treat me mcCafe malam tu. hahaha and for first time dengan mcCafe tuu i rasa terujaa sikit laa. I mintak lava cake and mocha ice something apa tah gitu hahaha lupaaa uollssssssssss!

And tell my family about the result and again and again. ---

sem ni, Aiman practical. So susah nak ada masa untuk date. Cewahh. Datee ngkoo! Alaaa keluar keluar tulaa kan. So bila betul betul free je baru keluar satuu hari. Kalau tak keluar dinner macam biasa sahaja. Shooo busy this sem haaa.

So itu jela kot yang i nak chare dengan uollssss! hahahaha dekak pulak when i use uolllsssss ni.
ohh ya! another things is, maisara gonna leave me alone starting this July because of her Latihan Industri. Shooooo shaddyyyy. hahaha. so jumpa nanti bulan november lahh okay. After semester break. lepas ni takde orang laaa nak kena buli dengan i.

ohh wait. who she is? okay maisarah al-jufree ni my housemate. dia baru masuk rumah kitaorang since last november. bed dia sebelah my bed. and thats why selalu kena buli dengan i. and dia my junior! memang patut punn kene buli. hahahaha okay okay, i bukan nya jahat and buli orang tahap gaban tauuu. i baik je cumaa suka buli buli menyakat dia ni. hahaha dont know why.

and i rasaaaaaa sampai sini dulu ceritara cinta kita. cewahhh! so bye bye blog. selamat menyambut puasa yaa. ehh awalnya wish? haaa bukan apa, takut lepas ni tak update blog pastu bersawangggggg balik, kahkahkahh. so bye and assalamualaikum! xoxo Sara!

Friday 22 March 2013

mama, i miss you!


serious rindu mama! hmm nak balik tapi..
:(

cuba sabar dugaan

terus mencuba
walaupun tahu memang tak akan boleh
terus lah mencuba
belajar set di fikiran bahawa
dia sudah buang kita jauh dari hidupnya 

sabar
selagi boleh kita sabar
bukan sebab hendak sekat kemahuan kita
tapi melatih diri untuk menahan 
selagi boleh bertahan
kita kuat, kita cuba kuatkan juga

dugaan 
set dalam minda 
ini semua dugaan atau
karma yang telah ditetapkan
kerana telah melakukan perkama di waktu lepas
selalu ingat perkataan inggeris berbunyi
"karma is everywhere"



"maka bersabarlah 
cubalah
menerima dugaan"

Thursday 21 March 2013

usaha

"usaha sudah di buat, maka redhalah dengan hendakNya
kerana perancangan Yang Esa itu Maha Hebat.

Apa pun keputusannya, jangan mundur.
 bangkit maju. nikmati kehidupan seterusnya."

congattt to adik adik batch 95's :)

Wednesday 20 March 2013

kisah mac 2013


"Kiranya tempias membasahi jendelamu

Itulah airmata yang jatuh di pipiku

Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa"

kadangkala perlu bila membenar mereka yang paling bermakna pergi dari hidup.
biarlah ia bebas, maka boleh menikmati hidupnya sendiri.

Friday 15 March 2013

jangan jatuh

bila sesuatu ingin menjatuhkan. kuat. bersabar. ini ujian. 
dugaan. menduga sejauhmana kekuatan dan kesabaran. sabar ada ganjaran. 
cepat atau lambat menentukannya. 
menjatuh kan oraang lain. karma menanti. 
cepat atau lambat menentukannya.
 biar kita mengalah. biar orang melakukan. 
usah peduli. jangan jatuh. berdiri teguh. lupakan yang lepas.
 teruskan kehidupan. masih banyak dugaan dihadapan.
 jangan jatuh.

Thursday 14 February 2013

jiwa aku

rasanya sudah terlalu lama blog ini menyepi. yaa menyepi. bukan aku taknak untuk menulis lagi. kerana kesibukan kehidupan menyekat aku untuk menghadap lama di blog. kemalasan jugaa ada. letih. tiada idea. maaf juga banyak membahasakan diri ini sebagai aku. untuk keselesaan.

perlu untuk aku up date kali ni. untuk tidak sangat nampak aku abaikan dia. si blog kesayangan. maaf. malam ini kata kata aku seperti berpuitis bagai. aku taktahu kenapa aku berbuat begitu. bukan buat buat, tetapi ini adalah kemahuan hati aku. maaf kalau terlalu bunga bunga bahasanya. aku tahu selama aku berblog, selama sebelum post ini, bahasa aku lebih kepada bahasa pasar.

aku cuma ingin mengikut rentak jiwa pada malam jumaat seperti ini. kisahnya, aku saat ini sedang membuat nota nota. tiba rasa hati ini sayu. taktahu entah kenapa. perasaan ini tiba tiba muncul. aku tahu, setiap manusia lain juga ada perasaan seperti ini. cuma takmahu diluahkan. takmahu diketahui orang.

tiba tiba teringat mama dan ayah. yang telah menjaga aku sejak kecil lagi. merenung mata mereka di destop laptop membuat aku rasa sedih. mereka tiada di hadapan ku. aku di bumi shah alam. mereka di johor bahru. pada negara yang sama tetapi jauh juga jaraknya. aku terfikir kalau lah mereka tiada, siapalah aku pada hari ni? melihat wajah dan merenung wajah mereka membuat hati aku tenang tidak terkata. semangat membuat nota dan ingin belajar terus membara bara. untuk masa depan yang cerah. boleh membahagiakan mereka. insyaAllah.

tinggal lagi 3 paper untuk aku jawab dalam 2 minggu exam ini. untuk semester yang ke 4, untuk final kali ini, akan aku cuba buat yang termampu, yang terbaik. insyaAllah dengan izin mu ya Allah. dan dua minggu lagi itu juga, aku akan di masukkan ke hospital. kekadang rasa tertekan juga walaupun penyakit yang di hidapi bukan lah begitu besar sakitnya. hanya tumor. sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan aku. mungkin di masa hadapan.tak mengapa, aku kuat kan hati ini. memujuk diri.

  "sabar lah sara, serahkan segalanya kepada Allah, yang menentukan segalanya. semuanya akan baik. akan baik sara.."